I LOVE YOU

Subhanallah..
Tuesday, November 20, 2012 | 9:14 PM | 0 comments




 Subhanallah..Kasihan orang Gaza..kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa perbuatan terkutuk Askar Yahudi ini tanpa belas kasihan sedikit pun.Malang sungguh buat penduduk Gaza setelah seorang demi seorang pemimpin mereka mati syahid dibunuh dengan kejam melalui roket canggih mereka dan bangunan kediaman yang musnah runtuh oleh peluru berpandu mereka. Kehidupan di bandar Gaza itu seperti mimpi yang amat mengerikan di mana siang dan malam sentiasa diburu dengan ketakutan dan kecemasan kerana peluru ditembak tidak kira masa dan tempat mengikut suka hati mereka sahaja.

  Kekurangan makanan dan minuman serta di malam harinya pula tiada lampu untuk menerangi sinar malam sudah tentu kita dapat merasakan betapa deritanya rakyat Palestin ini. 


  Kalau kita sebagai umat islam dapat menjalankan amanah membebaskan Palestin bukan sahaja maruah kita dapat dikembalikan malahan dunia Islam akan bersatu kukuh kembali sebagaimana kukuhnya islam di zaman para Sahabat dahulu..

  


  



 




/