


|
Tips Untuk Jaga Awek
Thursday, November 22, 2012 | 10:07 PM | 0 comments
Hi,Hello ..
Assalamualaikum abang-2,kakak-2 handsome dan manis .. Hari ni Scha ada Tips yang menarik tahu.. cezen scha yang gitau ni , Dia bercerita melalui pengalaman dia , So kalau korang nak tahu korang bace la sume kat bawah tu.. Terima Kasih .. :D
Be Gentleman…
Firstly .. Be gentleman… Tunjukkan siapa diri korang. Korang lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti korang lagi kuat dari mereka. Sekiranya korang tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri korang tu untuk tolong dia. Takkan nak tunggu dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya cik abg oii…
Usik-usik la sikit…
Kadang-kadang korang perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…
Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang lawak atau kisah kehidupan korang. Mesti dia tertarik nak ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu.Owah .! Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh korang cerita lagi.
Mulut kena manis…
Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini la. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila jumpa dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.Adoyy -,-
Dekat sini korang kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, korang kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu..;))
Biar dia rindu…
Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada korang. Macam mana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.
Adakah dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha.. :))
Good Luck for you bro .. ^^v Assalamualaikum ..
Subhanallah..
Tuesday, November 20, 2012 | 9:14 PM | 0 comments
Subhanallah..Kasihan orang Gaza..kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa perbuatan terkutuk Askar Yahudi ini tanpa belas kasihan sedikit pun.Malang sungguh buat penduduk Gaza setelah seorang demi seorang pemimpin mereka mati syahid dibunuh dengan kejam melalui roket canggih mereka dan bangunan kediaman yang musnah runtuh oleh peluru berpandu mereka. Kehidupan di bandar Gaza itu seperti mimpi yang amat mengerikan di mana siang dan malam sentiasa diburu dengan ketakutan dan kecemasan kerana peluru ditembak tidak kira masa dan tempat mengikut suka hati mereka sahaja.
Kekurangan makanan dan minuman serta di malam harinya pula tiada lampu untuk menerangi sinar malam sudah tentu kita dapat merasakan betapa deritanya rakyat Palestin ini. Kalau kita sebagai umat islam dapat menjalankan amanah membebaskan Palestin bukan sahaja maruah kita dapat dikembalikan malahan dunia Islam akan bersatu kukuh kembali sebagaimana kukuhnya islam di zaman para Sahabat dahulu.. ![]() |