Hi,Hello ..
Assalamualaikum abang-2,kakak-2 handsome dan manis .. Hari ni Scha ada Tips yang menarik tahu.. cezen scha yang gitau ni , Dia bercerita melalui pengalaman dia , So kalau korang nak tahu korang bace la sume kat bawah tu.. Terima Kasih .. :D
Be Gentleman…
Firstly .. Be gentleman… Tunjukkan siapa diri korang. Korang lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti korang lagi kuat dari mereka. Sekiranya korang tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri korang tu untuk tolong dia. Takkan nak tunggu dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya cik abg oii…
Usik-usik la sikit…
Kadang-kadang korang perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…
Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang lawak atau kisah kehidupan korang. Mesti dia tertarik nak ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu.Owah .! Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh korang cerita lagi.
Mulut kena manis…
Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini la. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila jumpa dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.Adoyy -,-
Dekat sini korang kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, korang kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu..;))
Biar dia rindu…
Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada korang. Macam mana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.
Adakah dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha.. :))
Good Luck for you bro .. ^^v Assalamualaikum ..